Sunday

telur ayam



Assalamualaikum and hallo peace .

apa kejadah nya aku buat entry pasal telur ayam. kenapa dengan telur ayam ? kenapa ? tak da apa apa lah. saja nak shared ilmu sikit. nak tanya neh, sebelum kau masak telur ayam tu kau ada cuci ka tak ? Jeng Jeng Jeng, soklan cepumas kan. Hahahahahahaha. aku tau ni, mesti kau rang ada yang tak cuci sebelum masak telur tu kan. tak kisah lah kau rebus ka atau kau goreng. Jeng Jeng Jeng. kau tak cuci kan. kann. mengaku cepat, sila komen ehh. kalau kau perna tak cuci telur ayam sebelum kau masak. aku nak tau juga kann, siapa yang tak cuci tu. hehehe. sebab dulu sebelum aku tahu "benda" nie aku main masak ja. bukan selalu okey. kalau aku dah kelaparan macam mau pengsan lah kan, aku terus ge masak. pecah rahsia aku . haih. pengotor kann. ehh. tak pengotor cuma cuai. ehh ehh ?


*gambar ni ai ambik dari Cik Google

nasib baik ada umi kesayangan yang tegur aku kann, masa tu aku nak masak maggie kari campur dengan telur ayam. sedap kann, sedap kann. terliur kann. umi aku cakap macam ni. Kak, kau sudah cuci kah tu telur ayam tue ? dan aku menjawab lah, aku cakap belum. terus umi aku cakap aaa. ehh, ge cuci dulu. kan telur ayam tu keluar dari bontot ayam. pastu ada najis lagi. so, kena lah cuci dulu. kau nak makan najis kah ? ohh, aku baru tau okey. tak terfikir pun. so, aku ge aa cuci telur tu bersih bersih. ha'ah kann, bila aku tengok cuci telur tu, memang pun ada najis ! ha'ah kau tak nampak tapi sebenar nya ada. hitam hitam tu, najis lah tu. kalau boleh kau cuci lah dengan berus kain. hahahaha !

aku nak shared juga laa kann dari blogg halaqah.net nie. aku copy paste ja. jangan saman aku ehh. aku cuma nak shared ilmu ni, tak salah kann. hehe. 


TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.


Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.
Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

So, jelas kan. siapa yang tak cuci sebelum masak tu kann. sila cuci dulu. ini adalah langkah berjaga jaga. aku tak jumpa pula hukum nya. kalau aku ada salah ka atau ada info lain. sila lah shared. Have a nice weekend people :)


*****ASSALAMUALAIKUM & SPREAD THE LOVE*****







No comments:

Post a Comment