Wednesday

Mama Ohh Mama Tua


Assalamualaikum semua .


Hari ni aku mau cerita pasal nenek aku. yang nie nenek belah umi aku. rapat sangat then duk serumah. aku sayang sangat kat nenek aku ni. sebab dia lah satu satu nya nenek yang paling ku sayang. Cucu dia panggil mama tua sebab mama tua dah tua la kann. hehe. yang lain pula ada yang panggil nenek. Aku sayang sangat tau walaupun kata sayang tu susah nak di ungkapkan. Ha'ah, aku memang jenis macam tu. susah nak mengungkap kata sayang. amboii. kau jangan nak mengolok aku ehh. tampar kang.

my nenek memang superwoman, di rumah dia memang senior executive chef. dia tak suka makan masakan ala ala moden ni. dia nak masak masakan ala ala kampung. so, dorang kat rumah tau makan je lah mama pula yang masak. kalo dia masak ikan masak asam. perghhhh, gila sedap. confirm lah ada masam masam. sedap gilossshh. bila umi rajin masak ala ala moden ja dia duk dapur. then, bila aku balik kampung kan.. aku lah pulak jadi executive chef. senior executive chef sila berehat sebentar. bagilah cucu mu ini pula yang memasak.

Lagi satu, nenek aku ni selalu ada untuk aku. bila dia mau pegi kedai. dia akan tanya "Yane, ada mau beli apa apa ? maggie ka ?". kadang kadang dengan slumber nya aku cakap tak da. haha. tak mau lah menyusahkan sangat. lagi satu, banyak lah satu kau yane. bila aku nak balik KK, mesti nenek aku bekal kan sayur dengan ikan. percaya atau tak. import ok. hahaha ! aku faham, sebab supaya aku tak susah susah cari makan bila aku kat KK. Lagipun, berjimat jimat la kann. bukan nenek aku ja buat macam tu, umi pun selalu buat macam tu. cuma aku ja kadang kadang tak mau bawa. bukan apa, banyak barang laa. ye lah, kadang kadang aku numpang keta api je. kalo tak da keta api terpaksa lah aku tumpang bas. kann. kesian lah aku angkat barang sorang sorang. but, I'll apreciated all things that mama tua and umi did for me. I know dorang sangat sayangkan aku. ecewahhh !



Ni lah yang mama aku selalu bekalkan, masih ada lagi sana dalam peti sejuk. tapi yang mama aku bekal kan bukan yang dah sedia masak ok. see, betapa sayang nya mama terhadap diriku :)

ikan ? kalau ikan mama tak selalu bekalkan sebab ikan ne, kalau aku nak tangkap ada lah tu. kalau aku tak tangkap tak ada laa. nak tau ikan apa ? ikan keli. aku suka makan walaupun banyak lemaj. tambah lah aku gemok gedembool. tak da yang suka kann. selalu nya aku masak ikan keli dalam dua masakan. satu, keli masak kari. dua, keli masak merah. and i'll try to cook Ikan Keli masak lemak but soon. hehe.




and the end, aku sayang mama tua. semoga di panjangkan usia, diberikan kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. tunggu lah cicit mu nanti ya mama . hehe. apa kena mengena semua ni. eleh. 



*THE END*

No comments:

Post a Comment