Wednesday

Kehidupan dalam HOSTEL



Assalamualaikum dan Hallo :D

Well. aku gembira sangat nak cerita pasal kehidupan dalam hostel. Ha'ah, memang ada pahit dan manis nya. memang ada kebaikannya. keburukkan ? I don't think so. sebenar nya aku rindu lah dengan kehidupan hostel. memang best. tak rugi tau masuk hostel walaupun selama dua tahun ja. berbaloi. so, sesiapa yang nak masuk hostel atau teringin masuk hostel tu kan, dipersilakan lah masuk. jemput jemput.




Ha'ah memang banyak benda yang kita dapat bila duk hostel. sangat banyak. MAK JEMAH pun ada sekali dengan anak anak dia. hehe ! laki MAK JEMAH ja tak da. Laahh, meh sini aku nak cerita pasal Hostel yang tercinta. kira rumah kedua kau laa kann selepas rumah kau dengan mak bapak kau kann. 


*BERDIKARI
Pertama sekali memang lah ada sebab mak bapak kau hantar kau duk dalam hostel. sebab nya dorang nak anak anak dia pandai berdikari. Pandai jaga diri sendiri kann. takkan selama lama nya kau nak duk bawah tiak mak bapak kau kann. takkan kau nak bergantung dengan dorang ja kan. faham ke tak ? aku tak marah, aku cuma tanya ja. nihh, aku pun bekas budak hostel. memang berbaloi duk hostel. I tell you. 


*STUDY GROUP
bila kita duk hostel kan, kita tak perlu risau pun pasal study. kenapa ? sebab dalam hostel bukan kau sorang je penghuni nya tapi ramai. bila dah ramai kann kau boleh belajar sama sama kann. bila kau tak faham subjek ni, kau boleh tanya dengan kawan kau yang faham pasal subjek tu kann. bila kawan kau tak faham pasal subjek yang lain tapi kau faham, kau boleh lah tunjuk ajarkan dia. betul tak ? so, that's why duk hostel nie tak susah pun kalau nak cari study group. Kawan dan kita boleh bertukar jadi pengajar. i mean Cikgu. hehehehe .


*TANGGUNGJAWAB
Ya, alhamdulilah. aku terpilih memegang jawatan sebagai KETUA BILIK dan AHLI JAWATANKUASA SURAU dalam hostel. kalau di sekolah pula aku terpilih menjadi PENGAWAS SEKOLAH. Alhamdulilah, besar tanggungjawab. bukan semua orang dapat tanggungjawab ni tau. alhamdulilah, bersyukur sebab dapat terpilih memegang jawatan AHLI JAWATANKUASA SURAU sebab aku dapat mempraktikkan diri dalam solat sampai lah sekarang. tak rugi kan. so, sesiapa yang duk hostel tu kann rajin rajin kan lah menonjolkan diri. ada kebaikannya :3


*RAMAI KENALAN
Yah, memang sah bila duk hostel memang ramai kenalan. macam macam bangsa, agama yang ada. tapi kau jangan lah racist baa. pastu ada pula yang datang dari jauh kann. so, kau boleh lah tambah lebih ramai lagi kenalan. yang paling best bila dah habis cuti sekolah balik hostel lah kan, kawan kawan akan bawa makanan. wahhh ! gila memang best. seingat aku laa, my roomate memang bermacam macam bangsa. ada bugis, mix indian, filipin, and me bisayan. hahaha. banyak variasi kan. sekurang kurang nya kau dapat belajar sikit sikit tentang bahasa dorang tu. kann. hehehe. 


*NILAI MURNI
Aku tak tau mau tulis apa selain nilai murni. hahaha. skema kemain kann. dalam hostel, kita boleh memupuk diri kita dengan perilaku yang baik. sebagai contoh, saling bantu membantu dan saling hormat menghormati. alkisah nya, dulu masa aku duk hostel tiap hari minggu kita orang akan buat pembersihan seluruh hostel termasuk lah bilik masing masing kann. tak kira lah pagi, petang atau malam. so, benda ni dikira sebagai sikap bantu membantu di antara semua penghuni hostel. ewah ewah. dan di sini juga, kami di ajar sentiasa hormat menghormati tak kira lah senior atau junior. kami di ajar memberi ucapan salam kepada sesiapa saja. see, betapa berdisiplin nya kami kan. 


*BERDISIPLIN
Ya, memang betul duk dalam hostel ni kita dapat mendisiplinkan diri kita dari segi apa saja. tak kira la pegi mandi, makan, belajar, solat dan lain lain. sebab every apa yang kita buat mesti ada yang tolong ingatkan. nak tau siapa ? kawan. kawan satu bilik kita akan ingatkan kita even nak mandi. selain kawan, bunyi lonceng laa kann. hahaha. aku suka juga tau tekan tekan alarm tu. aku peduli apa kann. pastu cabut lari laju laju sampai hilang kelibat aku tanpa meninggalkan kesan. haha. laju ke lari, badan pun macam berat badak. hahaha. pastu, kalau kantoi memang confirm lah kena denda. siann.


*MAKAN MINUM DITANGGUNG
Ohh makan minum kena tanggung ? Ha'ah memang lah kena tanggung, kenapa ? rindu masakan mak ? memang lah. aku pun macam tu juga. sedih pula kann. makan minum semua kena tanggung oleh pihak hostel yang penting kau dah bayar la kann. ye, memang lah certain of masakan yang pihak dewan makan masak tak sedap. tapi bersyukur lah kan ada yang tolong masak. pena juga la kita orang complaint pasal masakan masakan ni. but, kami selalu ingat bersyukur lah apa yang ada kan daripada orang yang di luar. mesti ada yang lagi susah. makan nasi pun susah. dalam kata lain, duk hostel boleh mengajar kita erti kesabaran.


*MATI AIR
Well, yang nie memang lah perkara biasa. bila mati air ja lemah. setiap hostel mesti mengalami mati air kan. ada yang mati air dari malam sampai ke pagi. jadi macam mana nak mandi ? busuk lah masuk kelas, dengan muka yang tak bercuci lagi. hahaha. my expriences lah kan, bukan saja aku. kawan kawan aku pun laa. kami pena pegi kelas tanpa mandi pagi. haha. hebat kan. sama sama busuk yang penting kau jangan bising. tapi aku ni jenis nak mandi juga. so, aku usaha lah malam tu before tidur kan sambut air dalam dua tiga baldi untuk mandi keesokkan hari nya. kalau tak aku selalu bangunkan roomate jam 3 pagi semata mata untuk mandi ja. tengok, betapa baik nya aku. hehe. lepas mandi, tidur balik. bagus perangai. awal ehh jam 3 pagi ? alah, kejap ja tu. 


*MAK JEMAH DAN ANAK ANAK
Kau tau ke siapa MAK JEMAH yang aku maksudkan ni. hahahaha. MAK JEMAH ni bahasa sopan yang aku panggil lah untuk penghuni halus dalam hostel yang aku duk nie.. memang MAK JEMAH sekali anak anak dia datang menjenguk kita orang, cara dorang macam ni.. masuk dalam badan orang yang lemah semangat, yang mengada ngada kononnya kerasukan. hah ! kan dah kena betul betul. baru kau tau. Menyampah. MAK JEMAH tak suka bising, kotor kotor ni semua. ada pula penghuni hostel yang suka buang pampers dia dalam pam tandas. kau dah gila ka ? cubalah kau cuci bersih bersih pastu buang dalam tong sampah. kan elok. tak lah MAK JEMAH mengamuk, pastu degil tak mau keluar dari badan kau. mentang mentang lah abam mierul handsome. suka sangat la kann. By the way, hati hati ye dengan MAK JEMAH. dia ada di mana mana ja even kau tak nampak. muahihihi . lagi satu kalau kau tak tahan duk hostel memang kau pilih keluar dari hostel lah kan. rugi.


*KENA DENDA
kena denda ? Ha'ah masuk dalam longkang yang busuk sebab warden ternampak sampah. kann masuk dalam longkang dah. denda ni lah yang paling teruk. seingat aku lah kan, siapa yang tak turun solat berjemaah kena pukul tapak kaki dengan rotan yang panjang tu. padan muka. siapa suruh tak turun bila bunyi azan dan lonceng. yang kau pegi tidur buat apa. hahaha. Kalau tak pun, warden sendiri yang turun pegi bilik ke bilik bawa rotan. kann, kelam kabut dah lari lintang pukangg. hahahaaha. Tapi setiap denda tu ada pengajarannya. tapi kalau dah keras kepala macam aku ni. alamat nya kena denda lah kan. 


*KAMCHING
benda ni kau kena tau taktik macam mana nak rapatkan diri dengan warden dan biro biro hostel. hah ! pengalaman ? tak mau cerita lah. pandai pandai lah korang fikir tapi ingat, jangan ambik kesempatan. faham ?


*KENANGAN MANIS
Ha'ah, bila kau dah keluar hostel kau akan ingat balik kenangan kenangan manis kau duk hostel bersama kawan kawan yang tersayang. aku nak shared aku punya kenangan kann. bagi aku memang kenangan manis lah sebab buat aku gembira bila ingat balik . hahaha. ada satu malam tu kann roomate aku a.k.a bestfriend mau p buang air besar. dia nak minta teman dengan aku dan ain tapi kami dua memang malas sangat mau jalan kan. hahaha. kesian. terus dia marah marah pegi tandas. berani uolss walaupun sorang diri. ahahah. buang air besar mana boleh tahan. aku dan ain dengan rasa tak bersalah biarkan ja. tak lama kemudian, dia balik dari tandas kan masuk bilik terus ampas ampas baldi. hahaha. gila tak ketawa bila ingat balik. ohh sweet memories i can't erase it. 


*KENANGAN PAHIT
Kata orang kenangan yang pahit tak perlu di kenang sebab menyakitkan hati ja kann. tapi aku mau cerita juga sebab aku dah lupakan benda benda bakteria ni. so, aku tak kisah dah. ada pula orang yang aku percaya setengah mati mengkhianati aku. sakit hati kan. dia tau aku suka sangat kat orang tu. boleh pula korang bedua jadi sepasang kekasih. huh ! agak sukar jugalah bagi aku menerima benda benda bakteria ni tapi biar lah. i don't care anymore. ok PEACE ! 


best kann ? banyak lagi kot benda mau dicerita tapi lupa lupa sudah. mungkin cerita yang di atas ni sudah cukup. kann. so, oke lah . selamat tinggal. sila sila lah duk hostel walaupun ada MAK JEMAH.



*ASSALAMUALAIKUM & SPREAD THE LOVE*





No comments:

Post a Comment