Monday

Nenek Sayang


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulilah, bersyukur kepada hadrat ilahi. arwah nenek sayang selamat dikebumikan hari jumaat sebelum solat asar. ingat tak yang aku cerita yang aku ge lawat arwah nenek kat hospital tu..  (Lawat nenek) tak ingat ge entry tu ok. dah iingat kann. nenek meninggal pada hari jumaat jam 10.24 malam. sedih tau. aku tak leh tahan air mata. terus aku lari laju laju ge dapur. tak leh nak menahan. pertama kali buat aku tengok kematian depan mata. aku tengok nenek menghembuskan nafas terakhir. arwah nenek menghembuskan nafas terakhirnya di temani dengan anak anak nya disisi. sedih tau. siapa yang tak sedih kehilangan orang yang tersayang lagi lagi mak kita kann. tak da yang boleh menggantikan mak kita melainkan mak kandung. 

mesti aku akan rindu nenek, suara nenek. memang sangat sukar faham apa yang nenek cakap tapi kita cuba faham kan. masih ingat lagi bila umi cerita yang nenek semangat makan tau sebab umi suruh makan. astu umi cakap kalau nenek makan nenek boleh keluar wad. tapi semua tu hanya pancingan supaya nenek makan dan sihat. kesian nenek. nenek suka tau keluarga lawat dia. gembira ja. Tak ada lagi teman baby qila bila mak dia jaga kedai. Kesian Qila, mesti Qila tercari cari nanti mana pegi nya nenek.

Al - Fatihah buat arwah nenek. semoga nenek ditempatkan orang orang yang beriman. kami semua redha kepergian nenek. semoga nenek tenang berada di sana. In Sha Allah. Amin :)

Setiap yang hidup pasti akan pergi menemui si pencipta.




No comments:

Post a Comment